Wednesday, 19 November 2014

Photomodeler Software in Crime Investigation




Assalamualaikum geng.. Habis kelas pagi tadi terus balik dan rasa malas pulak nak tido tengahari ni. Alang-alang tu boleh la aku update blog.. Sementara mood rajin ni masih di sanubari, meh nak citer sikit pasal entry baru ni. 

Entry kali masih lagi mengenai penggunaan sowftare photogrametri dalam penyiasatan jenayah. Kalau korang perasan, entry ni adalah kali yang ke tiga kita duk sembang pasal software. Takpe ni maybe yang last dan admin lain akan update pasal benda lain plak.

Okey fokus on our topic, software kali ni adalah Photomodeler. Photomodeler merupakan salah satu software dalam fotogrametri yang menyediakan model 3D serta pengukuran yang tepat  untuk penyusunan serta lakaran semula lakaran di tempat kejadian jenayah dan juga kemalangan.

Terdapat beberapa aplikasi Photomodeler untuk fotogrametri  dalam lakaran semula kejadian jenayah dan kemalangan. So disini telah dibahagikan ke dalam beberapa kategori.
 

1) Kejadian Jenayah

  • Pengukuran di Tempat Kejadian
Di sini menunjukkan rajah sesuatu tempat kejadian di mana bukti yang hanya tinggal adalah gambar atau video frame. Menggunakan PhotoModeler, dan pelbagai alat yang direka untuk projek jenis ini, ukuran penting boleh diekstrak selepas kejadian itu lama berlaku.




  • Bullet Trajectories
Rajah menunjukkan sebuah kereta dengan lubang peluru dimana trajektori peluru adalah proses fotogrametri 3D.


 Rod yang mempunyai sasaran RAD diletakkan kepada lubang peluru untuk membantu mengautomasikan proses. Sasaran RAD lain akan diletakkan di sekeliling kereta jadi sistem koordinat 3D dikenali dengan vektor peluru boleh dibina semula.



  • Print Scanning

PhotoModeler Pengimbas mampu menghasilkan padat grid titik 3D dan permukaan dari gambar subjek dengan tekstur. Dua aplikasi yang menarik adalah menangkap permukaan 3d cetakan kaki dan trek tayar dalam pasir dan tanah yang lembut. 



Begitu juga kasut dan tayar boleh juga diimbas supaya anda mempunyai model 3d daripada kedua-dua cetakan dan imprinter itu.




  • Cecair dan Percikan Darah

Lokasi dan bentuk percikan cecair pada permukaan adalah penting untuk menentukan dari mana sumber percikan. Walaupun ada beberapa teknik diterima untuk melakukan analisis percikan ini, kami mencadangkan bahawa pemodelan 3D pada lokasi dan bentuk, atau sekurang-kurangnya satu imej 2D orto-rectified di permukaan boleh membantu dengan analisis tersebut.





2) Pemetaan Kejadian Kemalangan

  • Daripada gambar ke Pembentangan 3D
Terdapat dua faedah utama dalam menggunakan fotogrametri untuk mendokumentasikan adegan kemalangan iaitu menjimatkan masa dan kos.



Gambar diatas menunjukkan tempat kejadian dengan tanda  trak gelincir, dan kereta tersadar jauh di belakang di atas padang.


  • Combining Aerial and Ground Photos
Gambar rajah menunjukan imej di sekitar kawasan kemalangan yang diambil daripada kapal terbang dan juga di lapangan. 




 

3) Pengawasan Video

Kadang kala jenayah juga dapat dirakam oleh kamera pengawasan CCTV. Gambar atau video yang merakam imej jenayah adalah sangat penting untuk dijadikan sebagai bukti. Photomodeler adalah software yang sesuai untuk melaksanakan pengukuran imej dan menjadi sangat membantu dalam mendapatkan data yang tepat dari pengawasan video.


  • Mengesyaki Jenayah dengan Pengukuran Ketinggian

Seorang suspek jenayah telah memasuki bank selepas melakukan jenayah. Rakaman video telah menjadi bukti untuk menbantu siasatan dan ketinggian suspek perlu disahkan dari rakaman tersebut.


Imej daripada kamera bank digabungkan dengan proses 3D dalam PhotoModeler untuk mengira ketinggian suspek. Pengesahanjuga dilakukan dengan kamera yang sama, teknik sama dan sukarelawan yang mempunyai ketinggian sama. 


Teknik ini telah terbukti tepat dan digunakan untuk membantu dalam pendakwaan jenayah.

  • Rajah Kejadian Jenayah Dari Video Pengawasan

Dalam kajian ini, satu imej dari video pengawasan digunakan. Parameter tempat kejadian boleh diketahui dengan menggunakan proses Inverse Camera dalam Photomodular. Setelah selesai, parameter kamera(focal length,kedudukan,sudut) dibuat bersama dengan kedudukan garisan dalam ruangan 3D. 




Sekian.....

rujukan:

Friday, 14 November 2014

The Crime Zone drawing software


Selamat petang semua..

Petang ni hujan turun lagi dengan lebat plak tu. Memang tergugat iman nak suruh tido ni. Nasib baik field work dah settle tengahari tadi. Kalau tak, sambung minggu depan lah jawabnya.

So petang ni boleh la kita update entry baru. Entry kali ni masih lagi mengenai penggunaan software didalam penyisatan jenayah iaitu Crime Zone Software.

 Software ini amat sesuai digunakan untuk mendapatkan gambaran sebenar penyiasatan tempat kejadian jenayah. Ianya amat mudah dipelajari dan digunakan kerana mempunyai ciri-ciri unik yang khusus untuk membantu dalam lakaran kejadian jenayah dan juga kemalangan. Penggunaan software ini bukan lah kepada engineer atau pun arkitek ianya adalah digunakan hanya untuk melukis kejadian jenayah.




The Crime Zone adalah merangkumi asas asas lukisan dan juga command edit yang anda perlukan untuk membuat gambar rajah yang asas(rujuk gambar rajah). Selain itu anda juga boleh melukis parking lot, bangunan, bilik, pokok dan banyak lagi yang mengikut kepada pengukuran sebenar.

Terdapat beribu-ribu pra simbol disediakan untuk anda bagi tujuan penyiasatan jenayah termasuklah badan mayat, senjata, perabot, kenderaan, papan tanda dan binatang. Simbol boleh diletakkan pada gambar rajah dengan pelbagai warna, saiz dan juga arah putaran. Simbol juga termasuklah kepada lukisan di tempat kejadian jenayah dan juga kemalangan.
 

Other Features

Body-Poser-toolbox



 Bullet Trajectory

Crash Zone Features



Fast Intersections



Slope Calculator



Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas lagi mengenai Crime Zone software ni, dibawah ni disertakan sekali video daripada youtube mengenai penngunaan software ini.. 



rujukan:



Saturday, 8 November 2014

SAMBUNGAN...iWitness Sofware..

Bismillahirrahim..
Assalamualaikum..

Selamat pagi jejaka dan gadis comel.. hari ni terbangun tido awal dan rasanya baik aku siapkan entry yang tak abis semalam. Baik lah entry kali ini kita sambung balik mengenai software iWitness. Kali ini kami akan kongsikan cara penggunaan software ni step by step.

Langkah 1 : Ambil gambar digital image di tempat kejadian.




Langkah 2 : Impot gambar tadi ke dalam software iwitness dan tandakan titik yang bersilang untuk dapatkan imej yang 3D koordinat.




Langkah 2 (sambungan) : Tambahkan imej tambahan untuk meningkatkan ketepatan projek.




Langkah 3 : Untuk menanda dengan lebih baik pengguna boleh zoom pada imej yang diambil daripada kedudukan  kamera yang berlainan.




Langkah 4: Mengesahkan ketepatan projek.




Langkah 4(sambungan) : Pengguna boleh review semula hasil proses pengukuran melalui pandangan 3D.




KEGUNAAN lain iwitness :

1)  Kebolehan mengorientasi  kamera.

  • Merujuk daripada contoh dibawah, jurugambar boleh berjalan kearah bertentangan dengan lori dan meneruskan  proses imej daripada arah yang betentangan.
  • Iwitness dengan mudahnya akan menentukan kedudukan kamera di dalam projek ini dan tidak memerlukan kita berada ditempat kejadian. 





2)  Semi-Automatic target centroiding


  • iWitness menggabungkan lanjutan sub-piksel "centroiding" kebolehan untuk menanda sasaran dengan cepat. Dengan satu klik dimana-mana sahaja dalam bulatan putih, iWitness akan secara automatik akan 'centre' pada bulatan,
  • Satu proses yang menghapuskan kesilapan kursor daripada menanda dengan silap. iWitness akan menandakan dan rujukan silang titik lokasi 3D dengan satu klik sahaja.



Okey, untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai cara atau tutorial penggunaan software ini, di bawah saya sertakan sekali video berkenaan..





rujukan:


- article-ZulkepliMajid2010_ApplicationofCloseRangePhotogrammetry


Thursday, 6 November 2014

Perisian iWitness ..




Assalamualaikum..Baiklah jam dah pukul 1.30 pagi. Sambil tunggu nak layan bola ni kita sambung pasal entry yang lepas. Entry sebelum ni mengenai pengenalan fotogrametri dalam  penyiasatan jenayah dan kali ini saya akan sertakan pula salah satu software iaitu iWitness Software yang membantu dalam menyediakan analisa yang dibuat berkaitan dengan pengukuran berdasarkan kutipan data secara pemerhatian yang dilakukan menggunakan pengukuran tanpa sentuh.

perisian iWitness


iWitness direka untuk pembinaan semula kemalangan lalu lintas dan pengukuran forensik. Sistem perisian ini membolehkan pengguna untuk menukar koordinat dua dimensi (2D) menyelaras (X, Y) objek yang dicatatkan pada dua atau lebih imej yang ambil gambar tempat kejadian ke dalam tiga dimensi (3D) koordinat (X, Y, Z) .

Jika dilihat pada  garisan yang bersilang (rajah) pengguna boleh menentukan koordinat titik objek (X, Y, Z). iWitness direka untuk berhubung dengan CAD dan pemodelan, terutamanya dengan sistem CAD dari Zon CAD (Fraser dan Hanley, 2004).



sumber:

- Artikel-ZulkepliMajid2010_ApplicationofCloseRangePhotogrammetry


Saturday, 1 November 2014

Kegunaan FOTOGRAMETRI DALAM PENYIASATAN JENAYAH

Hai semua.. Malam yang indah diselangi dengan cuaca yang agak sejuk sebab hujan petang tadi. Hujan-hujan pun pi sepak bola jugak petang tadi. Haha.

Okey awal-awal lagi nak ingatkan korang yang blog ni ada 6-7 orang admin. So jangan pelik la kalau sehari ni banyak plak entry yang di post ekk.Malam ni giliran saya plak menguasai blog ni. Hehe

Sebelum terlupa entry kali ini adalah pengenalan bagi tajuk kumpulan kami iaitu KEGUNAAN FOTOGRAMETRI DALAM PENYIASATAN JENAYAH


Teknik pengukuran ini adalah sangat penting dalam penyiasatan kejadian jenayah dimana ia memberi ketepatan dan analisa yang lebih baik. Terdapat beberapa kegunaan fotogrametri di dalam penyiasatan tempat kejadian jenayah. Antara kegunaanya adalah:

  • · Mencipta gambar rajah adegan jenayah

  • · Mengekstrak ukuran (seperti ketinggian atau penempatan)dari pengawasan video

  • · Menentukan trajektori 3D peluru (supaya titik sumber boleh ditentukan)

  • · Imbasan 3D cetakan kaki yang sepadan di pasir atau tanah, dan kasut

  • · Imbasan 3D kesan tayar dan tayar yang sepadan

  • · Mewujudkan orthophotos (gambar tanpa herotan perspektif) tumpahan cecair atau percikan darah

  • · Imbasan 3d permukaan badan untuk tanda gigitan

  • · Mengimbas permukaan menarik peluru untuk membantu dalam analisis senjata api

  • ·Menentukan kedudukan kenderaan, kren, kegagalan bangunan dalam gambar yang diambil sebelum kemalangan
 

sekian terima kasih untuk membaca...



sumber:

http://www.photomodeler.com/applications/accident_recon/crime.html