Friday 14 November 2014

The Crime Zone drawing software


Selamat petang semua..

Petang ni hujan turun lagi dengan lebat plak tu. Memang tergugat iman nak suruh tido ni. Nasib baik field work dah settle tengahari tadi. Kalau tak, sambung minggu depan lah jawabnya.

So petang ni boleh la kita update entry baru. Entry kali ni masih lagi mengenai penggunaan software didalam penyisatan jenayah iaitu Crime Zone Software.

 Software ini amat sesuai digunakan untuk mendapatkan gambaran sebenar penyiasatan tempat kejadian jenayah. Ianya amat mudah dipelajari dan digunakan kerana mempunyai ciri-ciri unik yang khusus untuk membantu dalam lakaran kejadian jenayah dan juga kemalangan. Penggunaan software ini bukan lah kepada engineer atau pun arkitek ianya adalah digunakan hanya untuk melukis kejadian jenayah.




The Crime Zone adalah merangkumi asas asas lukisan dan juga command edit yang anda perlukan untuk membuat gambar rajah yang asas(rujuk gambar rajah). Selain itu anda juga boleh melukis parking lot, bangunan, bilik, pokok dan banyak lagi yang mengikut kepada pengukuran sebenar.

Terdapat beribu-ribu pra simbol disediakan untuk anda bagi tujuan penyiasatan jenayah termasuklah badan mayat, senjata, perabot, kenderaan, papan tanda dan binatang. Simbol boleh diletakkan pada gambar rajah dengan pelbagai warna, saiz dan juga arah putaran. Simbol juga termasuklah kepada lukisan di tempat kejadian jenayah dan juga kemalangan.
 

Other Features

Body-Poser-toolbox



 Bullet Trajectory

Crash Zone Features



Fast Intersections



Slope Calculator



Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas lagi mengenai Crime Zone software ni, dibawah ni disertakan sekali video daripada youtube mengenai penngunaan software ini.. 



rujukan:



2 comments: