Monday 27 October 2014

Sejarah FOTOGRAFI....

Bismillahirrahim..
Assalamualaikum..

    Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpahNya dapat kita bersua lagi di alam maya ini. Sekiranyadulu pada post pertama kami telah memperkenalkan serba sedikit tentang pengenalan terhadap fotogrametri. Namun, kali ini ingin kami kongsikan kepada anda tentang sejarah berkaitan pernemuan fotografi sebelum kami ulas berkaitan fotogrametri dengan lebih mendalam lagi. In shaa Allah. dengan post kali ini dapat memberi perkongsian yang baik kepada anda.^___^

     Mungkin kepada anda todak pernah terfikir dari mana asalnya penemuan ilmu fotografi ini kan? Anda hanya tahu fotografi sekadar memetik pemicu kamera atau memastikan dapat hasilan gambar yang ditangkap cantik dan menarik. Sebenarnya, penciptaan kamera tidak dilakukan hanya seorang individu sahaja. Proses penciptaan kamera berlaku secara beransur-ansur selama beratus-ratus tahun melibatkan pelbagai pengetahuan dalam ilmu fizik, kimia dan optik. Namun pada post kali ini kami hanya menceritakan seorang sahaja saintis yang mula-mula menemukan ilmu fotografi berkaitan pengetahuan tentang ciri-ciri optik dan cahaya iaitu saintis islam Iraq yang dikenali sebagai Abu Ali al-Hasan ibn al- Hasan ibn al- Haytham. Ilmu tentang optiktelah dibukukan dalam tujuh jilid dan dikenali sebagai Book of Optic ( Arabic: Kitab al- Manazir; Latin: De Aspectibus or Opticae Thesaurus: Alhazeni Arabis )

Hassan Ibn Hassan @ Alhazen @ ibn al- Haytham - Father of Optic

      Satu penemuan penting Ibn al- Haytham adalah beliau telah membuktikan cahaya bergerak dalam satu garis lurus dan beliau telah bereksperimen dengan lensa, cermin, serakan, dan pantulan.



Sekarang, ketahuilah kita bahawa orang islamlah yang pertama telah mempelopori asas kepada ilmu fotografi ini. Seterusnya, selepas kejatuhan islam pada zaman abasiyyah para saintis barat telah menciplak dan mengambil semua ilmu yang dikaji oleh para saintis islam. Maka, fotografi berkembanglah menjadi satu bentuk media visual yang mempunyai nilai seni yang tersendiri. Ianya banyak memberi faedah dalam pelbagai bidang seperti kewartawanan, pengiklanan, perubatan, pendidikan, pemetaan, dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment