Tuesday 2 December 2014

Crime's Camera


Assalamualaikum...

Hari ini kami nak kongsikan tentang penggunaan kamera dalam jenayah di tempat kejadian. Oleh itu, kami harap post kali ini dapat memberi manfaat kepada anda semua..in shaa Allah...

 Jurugambar tempat kejadian menggunakan banyak peralatan yang sama seperti jurugambar profesional yang lain. Walaupun ianya bukan peralatan khas hanya untuk fotografi tempat kejadian, namun terdapat alat tertentu yang membuat pekerjaan mereka lebih mudah dan memastikan gambar mereka menunjukkan butiran yang cukup untuk membantu penyiasat dalam siasatan mereka dan membantu juri memahami ciri kejadian jenayah.


Kamera dan Kanta

  Kamera adalah berbeza di kalangan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Beberapa agensi lebih memilih 35 mm kamera filem (tradisional), dan selebihnya beralih kepada kamera digital. Kamera SLR membolehkan jurugambar untuk menggunakan kanta yang berbeza, kerana jurugambar tempat kejadian mestilah mengambil beberapa jenis gambar (shot). Apabila mengambil "close up" gambar bukti, jurugambar menggunakan kanta makro yang menangkap imej dengan lebih terperinci dan direka untuk memberi tumpuan butiran (closely) dalam subjek. Jurugambar tempat kejadian juga memerlukan zoom kanta yang membolehkan mereka untuk mengambil kedua-dua lebar dan close up gambar tanpa bergerak di sekitar tempat kejadian yang berpotensi mengganggu bukti.


Aksesori

    Mengambil kira lebih daripada hanya sebuah kamera yang baik untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti. Jurugambar tempat kejadian juga memerlukan Toolkit aksesori fotografi. Banyak kamera mempunyai kapasiti memori simpanan yang hanya sederhana, di mana kapasiti kad memori adalah penting bagi pengambilan gambar yang banyak untuk mendapatkan butiran tempat kejadian keseluruhannya. Terdapat beberapa jenis kad memori tetapi beberapa jurugambar profesional lebih suka menggunakan beberapa kad yang mempunyai kapasiti memori lebih kecil berbanding kapasiti memori yang memfokuskan satu-satunya kapasiti yang besar. Dengan cara itu, jika kad tersebut mengalami kerosakan atau masalah yang tidak dapat dielakkan, keseluruhan penggambaraan  tidak hilang. Jurugambar di tempat kejadian juga perlu membawa bekalan bateri atau cas yang mencukupi, sebaik-baiknya tiga atau empat jenis bateri yang boleh dicas semula. Kamera digitsl kadangkala menggunakan bateri dalam kadar yang tinggi, terutamnya jika jurugambar kerap meneliti semula gambar-gambar jenayah atau menukar tetapan.


Tripod

   Ini penting bagi jurugambar bagi memastikan kamera stabil pada setiap masa untuk mengelakkan imej yang tidak jelas dan untuk memastikan semua penggambaraan dalam bentuk yang tepat dan jelas. Apabila mengambil penggambaraan imej kejadian, jurugambar sering memegang kamera di tangan mereka tetapi tripod untuk gambar yang lebih mempunyai sudut yang luas, mereka memerlukan tripod yng akan membuat mereka lebih mudah untuk melakukan penggambaraan imej dengan jelas keseluruhan di tempat kejadian. Tripod perlulah kukuh untuk menahan rintangan angin dan ianya dibawa dalam sebuah beg penyimpanan. Ia juga hendaklah memepunyai kaki yang mudah untuk disesuaikan dan tapak tempat letak kamera yang mudah dilaraskan untukmembolehkan pergerakan kamera yang lebih efisien.


Pencahayaan

  Tidak seperti jurugambar yang bekerja dalam studio, jurugambar tempat kejadian mempunyai sedikit kawalan ke atas persekitaran di mana mereka melakukan penggambaraan imej jenayah. Apabila mengambil gambar pada tempat kejadian yang berada di luar dari tempat tertutup, mereka mungkin mempunyai cahaya semulajadi yang mencukupi untuk gambar mereka. Tetapi apabila mengambil gambar dalam bangunan atau pada waktu malam, mereka akan memerlukan satu lampu denyar luaran (flash) atau lampu mudah alih. Mereka juga kadangkala menggunakan reflektor yang meningkatkan cahaya semula jadi atau cahaya yang dihasilkan oleh lampu denyar (flash) dan mudah alih.


  Jurugambar tempat kejadian bukan sahaja perlu mengambil gambar bukti tetapi juga mengkatalogkan dengan menomborkan semua yang mereka dokumenkan. Sebagai contoh, seorang jurugambar akan meletakkan satu penandaan yang bernombor di sebelah setiap imej gambar. Nombor yang sama digunakan apabila menerangkan bukti dalam laporan bertulis atau menyatakan lokasi tempat kejadian. Jurugambar tempat kejadian juga menggunakan penandaan untuk memudahkan "recall" gambar-gambar bukti beserta konteks penerangan.

1 comment:

  1. en, boleh cadangkan model kamera? saya kurang faham dengan model-model yang berada di pasaran ini.

    ReplyDelete