Friday 21 November 2014

KELEBIHAN FOTOGRAMMETRI JARAK DEKAT

 Bismillahirrahim..
Assalamualaikum..

   Alhamdulilah,...setelah sekian lama 'bertarung' lamanya mendapatkan wifi..akhirnya, dapat juga..hahah..so, hari ini kami nak menceritakan serba sedikit tentang kelebihan fotogrametri pada jarak dekat..harap, entry ini dapat memberi sedikit pendedahan dan membantu dalam apa2 jua masalah dan tidak kefahaman dalam fotogrametri ini..in shaa Allah..

    Fotogrametri terrestrial (Wolf, 1993) merupakan antara bidang ilmu fotogrametri dengan meletakkan kamera pada permukaan bumi. Kamera boleh dipegang pada tangan, dipasang pada kaki kamera atau alat sandaran lain yang dirancang dengan terperinci. Perkataan “fotogrametri jarak dekat” secara umumnya digunakan untuk foto terrestrial yang mempunyai jarak objek sehingga tidak melebihi daripada jarak 300 meter. Orientasi sudut kamera biasanya dapat juga diukur atau diatur pada nilai-nilai tertentu sehingga semua unsur orientasi luar foto terrestrial pada umumnya diketahui dan tidak perlu dikira. Foto terrestrial boleh statik (foto objek tetap) atau dinamik ( foto objek bergerak). 

    Seperti yang kita sedia maklum fotogrametri jarak dekat banyak digunakan dalam pelbagai aplikasi antaranya adalah kejadian jenayah berat seperti pembunuhan dan juga kemalangan. Fotogrametri jarak dekat merupakan satu cara yang digunakan oleh badan penguatkuasa untuk membuat proses dokumentasi terhadap jenayah yang berlaku. Penyiasat tempat kejadian jenayah dalam penguatkuasaan undang-undang sentiasa mencari kaedah baru untuk membuat kerja mereka menjadi lebih mudah, lebih tepat dan lebih berkesan. Untuk memproses tempat kejadian, dalam pendekatan yang tersusun,   salah satu peringkat yang penting dalam pemprosesan adalah dokumentasi tempat kejadian. Peringkat tersebut penting kerana ia adalah rekod visualisasi bukti-bukti di tempat kejadian. 


    Fotogrametri jarak dekat adalah alat teknologi baru yang boleh digunakan untuk memetakan kemalangan dan jenayah dengan ukuran yang tepat dan masa yang kurang. Kamera digital boleh menangkap dengan cepat butiran kejadian serta bukti yang diperlukan. Disini terdapat beberapa kebaikan yang berkaitan dengan penggunaan fotogrametri jarak dekat seperti tangkapan imej dengan cepat, mengurangkan masa dalam sekatan jalan raya,dan kebolehan pemprosen data. Fotogrametri merupakan proses yang mudah memebri manfaat kepada mana-mana pegawai trafik yang menerima pakainya. Teknologi fotogrametri ini telah menggabungkan kelajuan pemprosesan computer hari ini dengan kualiti kamera digitalyang mana ianya menawarkan kombinasi yang betul terhadap unsur-unsur yang diperlukan untuk menyiasat kemalangan di tempat kejadian dengan kadar masa yang kurang. Ini akan meningkatkan lagi keselamatan pemandu kenderaan dan pegawai sepanjang tugas pengukuran kemalangan. Antara kelebihan fotogrametri jarak dekat adalah:

1)      Menjimatkan masa
Data yang dikumpul daripada pihak polis dengan yakin menunjukkan bahawa penggunaan fotogrametri telah mempercepatkan proses pembersihan di kawasan kejadian

2)      Keberkesanan kos
Penggunaan fotogrammetri adalah berkaitan dengan penjimatan kos jika dibandingkan dengan teknik yang lain. Cara ini hanya memerlukan kamera, scanner sekiranya menggunakan kamera konvensional dan komputer persendirian

3)      Ketepatan
Ketepatan ketika pengukuran diambil di tempat kejadian merupakan pertimbangan yang penting terhadap penguatkuasaan undang-undang , sekiranya kemalangan melibatkan kematian ataupun unsur jenayah. Gambar tidak menipu. Dalam fotogrametri apa yang terpapar maka itulah hasilnya. Samada gambar ditukarkan kepada format digital mahupun imej kamera digital

4)      Tidak memerlukan banyak agensi
Jumlah maklum balas yang diperlukan kebiasannya daripada agensi polis sahaja dan ia merupakan pertimbangan yang penting dalam siasatan kemalangan.

5)      Keselamatan responder
Kebarangkalian terhadap pelanggaran kedua adalah kurang.

No comments:

Post a Comment