Thursday 6 November 2014

Perisian iWitness ..




Assalamualaikum..Baiklah jam dah pukul 1.30 pagi. Sambil tunggu nak layan bola ni kita sambung pasal entry yang lepas. Entry sebelum ni mengenai pengenalan fotogrametri dalam  penyiasatan jenayah dan kali ini saya akan sertakan pula salah satu software iaitu iWitness Software yang membantu dalam menyediakan analisa yang dibuat berkaitan dengan pengukuran berdasarkan kutipan data secara pemerhatian yang dilakukan menggunakan pengukuran tanpa sentuh.

perisian iWitness


iWitness direka untuk pembinaan semula kemalangan lalu lintas dan pengukuran forensik. Sistem perisian ini membolehkan pengguna untuk menukar koordinat dua dimensi (2D) menyelaras (X, Y) objek yang dicatatkan pada dua atau lebih imej yang ambil gambar tempat kejadian ke dalam tiga dimensi (3D) koordinat (X, Y, Z) .

Jika dilihat pada  garisan yang bersilang (rajah) pengguna boleh menentukan koordinat titik objek (X, Y, Z). iWitness direka untuk berhubung dengan CAD dan pemodelan, terutamanya dengan sistem CAD dari Zon CAD (Fraser dan Hanley, 2004).



sumber:

- Artikel-ZulkepliMajid2010_ApplicationofCloseRangePhotogrammetry


No comments:

Post a Comment