Wednesday 10 December 2014

FOTOGRAMETRI UNTUK KAJIAN FORENSIK DENGAN PENGHASILAN MODEL 3D



Assalamualaikum.


Untuk entry kali ini kami akan mendedahkan kalian dengan penggunaan fotogrammetri di dalam 3D model yang melibatkan bahagian forensik. Macam menarik bukan??

Seperti mana yang kami faham ataupun bagi yang belum ketahui, penggunaan model fizikal ketika mengutarakan bukti di mahkamah bukanlah sesuatu yang baru. Penggunaan model ini telah dijadikan bahan bukti bagi para hakim untuk membuat sebarang keputusan bagi sesuatu kes. Namun, penggunan model 3D di dalam dunia penyiasatan  boleh dikatakan masih baru untuk kegunaan forensik. Hal ini, mungkin disebabkan persepsi setiap orang yang beranggapan ianya merupakan teknologi yang kompleks, menggunakan kos yang tinggi serta kurangnya pengetahuan untuk memahami apa yang boleh dilakukan dengan adanya model 3D. Ianya masih menjadi persoalan, mengapa kebanyakan penyiasat, peguam dan para pengkaji tidak dapat melihat kelebihan penggunaan model 3D untuk mengutarakan bukti di mahkamah.

Sebenarnya, kaedah penghasilan  model 3D ini telah lama digunakan dalam bidang lain terutamanya oleh para jurutera bagi menghasilkan struktur banguna yang baru atau menggantikannya. Manakala artis atau pencinta replika yang menghasilkan idea seni mereka telah lama menggunakan kaedah ini. Namun di dalam dunia penyiasatan jenayah dan juga forensik ianya masih lagi baru.



Di sini saya ingin mengutarakan secara jeneral mengenai langkah-langkah menghasilkan model 3D ;-

i.    melakukan proses pendigitan ke atas objek 

proses pendigitan boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah atau sistem, antaranya adalahdengan menggunakan laser scanner, ataupun melalui kaedah fotogrammetri. Jika dikaitkan dengan yang kami pelajari adalah dengan menggunakan sistem fotogrammetri dengan mengambil gambar objek daripada pelbagai sudut. Untuk pengetahuan, dengan menggunakan kaeadah fotogrammetri adalah cara yang paling mudah dan juga tidakmemerlukan kos yang tinggi berbanding kaedah-kaedah lain.

ii.   cantuman layer

setelah objek dibentukkan dalam 3D melalui proses pendigitan, untuk memastikan tiada bahagian       objek yang tertinggal, cantuman layer harus dilakukan. di dalam proses fogrammetri. Dengan menggunakan perisian tertentu, gambar yang telah diambil akan dilabelkan mengikut koordinat yang sama bagi mengenal pasti identiti titik yang telah dilabelkan.


iii.  cetak model 3D

Konsepnya adalah sama seperti pencetak yang biasa, namun cetakan model 3D adalah lebih kompleks kerana ia membentuk objek 3D yang boleh dilihat bentuknya secara nyata. Pencetakan model bergantung pada bentuk dan saiz objek itu sendiri. Mungkin akan mengambil masa dalam beberapa minit hingga ke beberapa jam jika permukaanya terlalu kompleks.





video ini menerangkan proses penganalisaan dan juga cara mencetak objek 3D


Antara contoh penghasilan objek 3D dalam dunia forensik adalah seperti yang berikut :-


i    Footprints





ii.   Pengenalpastian rangka wajah





iii.  Pemeriksaan cap jari







iv.   Reconstruction kemalangan




Ini sahaja perkongsian untuk kali ini






Sumber Rujukan

http://www.forensicmag.com/articles/2013/06/forensic-uses-3d-printing












No comments:

Post a Comment