Saturday 8 November 2014

SAMBUNGAN...iWitness Sofware..

Bismillahirrahim..
Assalamualaikum..

Selamat pagi jejaka dan gadis comel.. hari ni terbangun tido awal dan rasanya baik aku siapkan entry yang tak abis semalam. Baik lah entry kali ini kita sambung balik mengenai software iWitness. Kali ini kami akan kongsikan cara penggunaan software ni step by step.

Langkah 1 : Ambil gambar digital image di tempat kejadian.




Langkah 2 : Impot gambar tadi ke dalam software iwitness dan tandakan titik yang bersilang untuk dapatkan imej yang 3D koordinat.




Langkah 2 (sambungan) : Tambahkan imej tambahan untuk meningkatkan ketepatan projek.




Langkah 3 : Untuk menanda dengan lebih baik pengguna boleh zoom pada imej yang diambil daripada kedudukan  kamera yang berlainan.




Langkah 4: Mengesahkan ketepatan projek.




Langkah 4(sambungan) : Pengguna boleh review semula hasil proses pengukuran melalui pandangan 3D.




KEGUNAAN lain iwitness :

1)  Kebolehan mengorientasi  kamera.

  • Merujuk daripada contoh dibawah, jurugambar boleh berjalan kearah bertentangan dengan lori dan meneruskan  proses imej daripada arah yang betentangan.
  • Iwitness dengan mudahnya akan menentukan kedudukan kamera di dalam projek ini dan tidak memerlukan kita berada ditempat kejadian. 





2)  Semi-Automatic target centroiding


  • iWitness menggabungkan lanjutan sub-piksel "centroiding" kebolehan untuk menanda sasaran dengan cepat. Dengan satu klik dimana-mana sahaja dalam bulatan putih, iWitness akan secara automatik akan 'centre' pada bulatan,
  • Satu proses yang menghapuskan kesilapan kursor daripada menanda dengan silap. iWitness akan menandakan dan rujukan silang titik lokasi 3D dengan satu klik sahaja.



Okey, untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai cara atau tutorial penggunaan software ini, di bawah saya sertakan sekali video berkenaan..





rujukan:


- article-ZulkepliMajid2010_ApplicationofCloseRangePhotogrammetry


No comments:

Post a Comment